Langkawi, aku datang! Ini kali ketiga aku datang ke Langkawi. Sememangnya, Langkawi tidak pernah membosankan. Tujuan kedatangan aku ke Langkawi kali ini adalah kerana untuk mengulangkaji. Kali pertama aku datang bersama rakan-rakan dari Kuala Lumpur. Kali kedua aku datang bersama rakan-rakan di kolej dan baru-baru ini aku datang bersama dengan rakan yang ingin mengulangkaji. Kami memulakan perjalanan dari Alor Setar ke jeti Kuala Perlis. Kemudian, daripada jeti Kuala Perlis terus ke Pulau Langkawi. Ramai orang bertanya, kenapa tidak naik feri di jeti Kuala Kedah? Jawapannya ringkas. Murah dan cepat sampai! Perjalanan memakan masa selama satu jam sahaja dari jeti Kuala Perlis. Setibanya di Langkawi, kami terus menemui Irfan di kawasan jetty point untuk urusan kereta sewa. Siapa Irfan? Dia adalah pelajar di tahun akhir yang sedang menjalani latihan industri di sini.
Selesai urusan kereta sewa. Kami teruskan perjalanan mencari tempat menginap untuk malam ini. Dikhabarkan, hotel dan tempat menginap di Pantai Chenang tiada air pada hari itu. Walaupun tiada air di Pantai Chenang, semua bilik penuh! Jadi, kami hanya bersiar-siar di situ pada petang tersebut sambil melihat orang ramai mandi-manda dan bermain aktiviti air seperti bot pisang dan jet ski. Untuk pengetahuan, pada malam sebelum bertolak ke Langkawi, aku telah mencari beberapa buah hotel yang murah di Agoda. Tetapi, setelah kami datang dan melihat sendiri keadaan hotel-hotel ini membuatkan ada dikalangan kami tidak sanggup untuk tidur di situ. Terasa sedikit kecewa kerana tidak dapat tidur ditepi pantai, sebaliknya kami terpaksa tidur di bandar Kuah. Akhirnya, kami dapat dua bilik di Sunderland Motel.
2...
3...
Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan makan malam di Langkawi kerana banyak restoran dibuka di tepi jalan-jalan utama. Pada malam itu, kami ditemani oleh Linda. Siapa Linda? Linda adalah bekas rakan sekelas kami yang sedang belajar di UiTM Pulau Pinang. Linda juga sedang mengikuti latihan industri di Westin Hotel. Selepas makan malam bersama Linda, kami meneruskan perjalanan ke Pantai Pasir Hitam untuk mengulangkaji. Kami tiba di situ pada pukul 12 tengah malam. Suasana sangat sunyi. Jika adapun bunyi bising, datangnya dari pantai itu sendiri. Suasana tiba-tiba terasa nyaman dan tenteram. Sesekali, bayu laut menyapa lembut di wajah. Tiba-tiba, tepat jam 3 pagi, semua lampu di situ terpadam! Maka, kami terus berkemas dan pulang ke motel untuk berehat.
Yeay!
Esoknya, selepas daftar keluar daripada motel kami pergi ke restoran nasi kandar untuk makan tengah hari bersama dengan Sam. Siapa pula Sam? Sam adalah bekas pelajar di kolej kami. Sekarang dia bekerja di Malaysia Airport Holdings Berhad, Langkawi. Selepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Rhu. Kami menghabiskan masa pada hari tersebut di situ. Tanjung Rhu tidak sesibuk seperti Pantai Chenang. Malah lebih cantik, bersih dan memukau dengan keunikan bukit batu kapur yang terletak berhampiran. Inilah perjalanan bajet yang agak murah. Ramai yang tanya berapa banyak duit yang aku habiskan semasa berada di Langkawi. Berikut adalah pecahan perbelanjaan di Langkawi seperti tambang feri MYR 36 (MYR 18 sehala), kereta sewa MYR 80/4 orang, petrol MYR 40/4 orang, Sunderland motel MYR 145/4 orang dan makan MYR 15.00. Jumlah perbelanjaan adalah sebanyak MYR 117.25.
Sekian cerita dari Langkawi. Selamat mengembara aku ucapkan kepada anda semua.
Sekian cerita dari Langkawi. Selamat mengembara aku ucapkan kepada anda semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan