Berdoa
Tasik Bukit Merah terletak di Bukit Merah dan berhampiran dengan Gunung Semanggol, Taiping, Kuala Kurau di negeri Perak, Malaysia. Sebuah empangan telah dibina di sini dan menenggelamkan sebahagian kawasan ini dan menjadi tasik air tawar yang luas. Sebahagian daripada tasik ini telah dimajukan oleh pemaju hartanah iaitu Emkay Sendirian Berhad menjadi Bukit Merah Laketown Resort. Landasan kereta api Tanah Melayu juga dibina merentasi tasik ini.
Nelayan Tasik Bukit Merah?
Itulah sedikit sebanyak info mengenai tasik ini. Aku berbuka puasa disini setelah melawat ibuku di Parit Buntar. Kebetulan, salah satu bazar kesukaan aku berada di Bandar Baharu, Kedah, iaitu pekan yang bersempadan dengan Parit Buntar, Perak yang hanya dipisahkan oleh Sungai Kerian. Juadah yang di jual disini sangat sedap. Beraneka jenis nasi, pencuci mulut dan air ada dijual di bazar ini.
Senja nan merah
Aku beli apa yang patut sahaja seperti nasi arab, murtabak ayam dan koktel buah. Tidak ada apa yang indah selain berbuka puasa sambil menikmati keindahan matahari terbenam.
Sekian cerita dari Tasik Bukit Merah. Selamat mengembara aku ucapkan kepada anda semua.
Sekian cerita dari Tasik Bukit Merah. Selamat mengembara aku ucapkan kepada anda semua.


