Berdoa
Tasik Bukit Merah terletak di Bukit Merah dan berhampiran dengan Gunung Semanggol, Taiping, Kuala Kurau di negeri Perak, Malaysia. Sebuah empangan telah dibina di sini dan menenggelamkan sebahagian kawasan ini dan menjadi tasik air tawar yang luas. Sebahagian daripada tasik ini telah dimajukan oleh pemaju hartanah iaitu Emkay Sendirian Berhad menjadi Bukit Merah Laketown Resort. Landasan kereta api Tanah Melayu juga dibina merentasi tasik ini.
Nelayan Tasik Bukit Merah?
Itulah sedikit sebanyak info mengenai tasik ini. Aku berbuka puasa disini setelah melawat ibuku di Parit Buntar. Kebetulan, salah satu bazar kesukaan aku berada di Bandar Baharu, Kedah, iaitu pekan yang bersempadan dengan Parit Buntar, Perak yang hanya dipisahkan oleh Sungai Kerian. Juadah yang di jual disini sangat sedap. Beraneka jenis nasi, pencuci mulut dan air ada dijual di bazar ini.
Senja nan merah
Aku beli apa yang patut sahaja seperti nasi arab, murtabak ayam dan koktel buah. Tidak ada apa yang indah selain berbuka puasa sambil menikmati keindahan matahari terbenam.
Sekian cerita dari Tasik Bukit Merah. Selamat mengembara aku ucapkan kepada anda semua.
Sekian cerita dari Tasik Bukit Merah. Selamat mengembara aku ucapkan kepada anda semua.
Cantik semua shot tu. Betapa indah dan agungnya ciptaan-Nya. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa
BalasPadamSHIMI : http://menonong.blogspot.com
Helah kamera. Tidak dapat dinafikan betapa indah dan agungnya ciptaan-Nya. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa diucapkan kepada Shimi. Puasa penuh ke tidak ni?
Padamcntik nya tasik ni..tak penah smpai lagi kat sini..mcm tasik kenyir jugak sket2
BalasPadamJika ada masa dan peluang datang la sini. Lagipun, disini ada Bukit Merah Lake Town Resort.
Padamcamtik pemandangan tasik....blh release tension =)
BalasPadamCamtik pon boleh.hahaha jangan marah. gurau je. yup boleh lah release tension. klu jauh pergi tempat lain pon boleh :)
PadamFirst time jenguk sini. Nmpk indah dan bahagia sgt dpt bukak posa dkt tmpat mcm ni... Dah follow sini #20
BalasPadamTerima kasih kerana sudi singgah. Sekali sekala berbuka di sini baru ada kelainan. Ok dah follow balik :)
Padam