Translate

Ahad, 4 Ogos 2013

KEMBARA JALAN LAMA - BAHAGIAN 1


Rancangan asal aku ingin pergi ke Cameron Highlands. Tetapi terpaksa dibatalkan kerana aku akan pergi ke Cameron Highlands pada 16/8/2013 ini bersama dengan rakan sekelas dan pensyarah. Kemudian aku terfikir Pulau Pangkor! Mungkin lain hari fikir aku kerana aku ingin menjelajah tanah besar.  Jadi aku terpaksa membuat pilihan samada ingin pergi ke selatan atau ke pantai timur. Jika anda bijak, cuba teka mana aku pergi? Jawapannya adalah ke selatan! Syaratnya adalah 100% ikut jalan lama. Apa kelebihan ketika memandu ikut jalan lama? Cubalah korang teka. Mari aku cerita. Kelebihannya adalah tiada tol! Untuk info, jika kita memandu disepanjang jalan lama, kita akan mudah jumpa tempat-tempat menarik yang tidak mungkin kita tahu. Tempat yang tidak dihebohkan didalam laman sesawang pelancongan. Jika tidak percaya cubalah sendiri sekarang!

Pusat Pengurusan Penyu
Percaya atau tidak di Perak ada penyu singgah untuk bertelur! Pusat Pengurusan Penyu ini terletak di Pantai Pasir Panjang, Segari. Kebetulan kali ini aku mengambil keputusan untuk mengikut jalan di pesisir pantai ke selatan. Jadi, aku singgah ke pusat ini untuk melihat penyu. Itupun setelah aku ternampak papan tanda di bahu jalan. Jika dahulu kita ingin melihat penyu, kita mesti terfikirkan Terengganu yang terletak di pantai timur tanah air. Tetapi sekarang tidak lagi. Perak pun ada tempat sebegini. Untuk sampai ke tempat ini dari jalan utama, aku terpaksa menempuh ladang kelapa sawit. Jangan risau, anda tidak akan sesat kerana papan tanda disediakan sebagai panduan.

Replika Penyu Agar

Pusat Pengurusan Penyu ini telah dibina pada tahun 1990 di atas keluasan tapak berukuran 0.1 ekar. Kajian kesesuaian tapak telah pun bermula pada pertengahan tahun 1989 dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perikanan dan WWF. Pada tahun 1992 keluasan 10 ekar tanah telah dipohon dan seluas 5.5 ekar telah diluluskan di atas rezab Jabatan Perikanan oleh Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1994. Pada umumnya, terdapat 2 jenis penyu yang mendarat di kawasan Pusat Pengurusan Penyu Segari, iaitu Penyu Agar dan Penyu Lipas. Penyu ini mendarat pada sekitar bulan Mac hingga Julai setiap tahun.

Penyu Agar

Tangki Asuhan


Papan Notis


Tabik Spring Kepada Jabatan Perikanan Malaysia

Bazar Ramadan
Seterusnya, aku singgah di bazar Ramadan yang terletak di pekan Kuala Selangor. Untuk info, ini adalah bazar Ramadhan yang terbesar di Kuala Selangor terbentang di sepanjang jalan di hadapan Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor sehingga ke bangunan IADA Barat Laut Selangor. Hebat kan?

Juadah yang istimewa? Ermmmmm... Kelihatannya seperti kebanyakan makanan yang ada disini boleh di dapati di bazar Ramadhan tempat lain. Maksudnya tiada menu yang hanya boleh di dapati di sini sahaja.

Pantai Remis
Bukan Pantai Remis, Perak. Tetapi  Pantai Remis, Kuala Selangor. Pantai Remis, Perak adalah sebuah pekan dalam daerah Manjung manakala Pantai Remis, Selangor adalah pantai yang terletak di Kuala Selangor. Tetapi pantai ini tidak sesuai untuk aktiviti air kerana ianya berlumpur. Kepada penggemar makanan laut, disini terdapat gerai menjual pelbagai jenis makanan laut seperti kerang, mentarang, kupang, remis dan ikan segar. Ikan bakar adalah menu yang popular disini. Aktiviti lain yang anda boleh lakukan adalah bermain layang-layang dan memancing.

Jadi, inilah lokasi berbuka puasa aku pada kali ini. Tidak ada apa yang lebih indah berbuka puasa sambil menikmati keindahan matahari terbenam!

Hotel Mesra
Perjalanan di teruskan ke Port Dickson. Malam ini aku menginap di Hotel Mesra. Hotel ini terletak di Teluk Kemang, Port Dickson. Harga untuk semalam adalah sebanyak MYR60 sahaja. Aku sampai di sini agak lewat. Disebabkan kepenatan yang melampau serta mengantuk, aku terpaksa tidur di sini.

Sekian cerita Kembara Jalan Lama - Bahagian 1. Klik disini untuk membaca Kembara Jalan Lama - Bahagian 2. Selamat mengembara aku ucapkan kepada anda semua.

5 ulasan:

  1. Salam blogger hebat! Jom join http://www.aimisyahirah.com/2013/08/contest-saya-nak-duit-raya-cik-misya-v2.html Salam Aidilfitri.:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm Cik Misya, thx for the compliment. I already follow ur blog. Nice lah! :)

      Padam
  2. Assalam.. Kembara yg sgt menarik & informatif especially cerita penyu di Perak.. Thanks for sharing. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam...sama-sama. Ada masa silalah ke sana k :)

      Padam
  3. Assalamualaikum,
    Nak tanya, tuan ada banyak tak info kawasan menarik disepanjang jalan lama semenanjung Malaysia ni? Mungkin kita boleh share untuk expandkan lagi promoting utk remote area ni. tq

    BalasPadam