Pilih Yang Mana Satu
Agak panas hari ini di Taiping. Tetapi, itu tidak menjadi alasan kepada aku untuk berpuasa dengan sabar! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Puasa, bazar Ramadan dan jalan-jalan sekitar Taiping. Ada sesiapa yang pernah ke Port Weld? Atau ramai yang tidak tahu Port Weld dimana?
Suasana Di Jeti
Port Weld atau dikenali sekarang sebagai Kuala Sepetang terletak di kuala sungai yang menghadap Selat Melaka di sebelah barat iaitu di negeri Perak dalam daerah Taiping. Kawasan ini merupakan kawasan paya bakau yang sangat luas. Malah, hutan paya bakau ini diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Perhutanan Matang.
Salah Satu Bot Yang Ada Di Sini
Baiklah, berbalik ke tajuk utama kita. Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa rahsia yang tersembunyi di sini kan? Rahsianya adalah jeti pemunggahan ikan. Jeti ini agak tersembunyi di sebalik restoran makanan laut. Jika anda bertuah, pasti dapat menyaksikan matahari terbenam dari sini. Sangat dramatik!
Bot Nelayan Disebalik Tunggul Kayu
Di jeti ini kita boleh lepak sambil menikmati keindahan hutan paya bakau serta melihat gelagat orang memunggah ikan. Sesekali, kelihatan bot-bot kecil menyusuri sungai hingga ke hilir. Selain itu, di sini juga ada menyediakan perkhidmatan krus sungai dengan harga RM10, melihat kelip-kelip dengan harga RM25 dan melawat ikan dalam sangkar di Kuala Sangka dengan harga RM25. Minima seramai 6 orang sahaja. Perlu diingat, harga dicas ikut kepala bukan bot.
,Aku?
Malangnya, aku tidak sempat untuk mengambil pakej yang ditawarkan kerana sudah penuh ditempah oleh orang lain! Walau bagaimanapun, aku tetap menikmati pemandangan indah di jeti ini yang mungkin tidak ada dimana-mana!
Sekian cerita dari Port Weld. Selamat mengembara aku ucapkan kepada anda semua.
Saya pernah sampai kat sini semasa study dulu..melawat tapak eskavasi di pulau kalumpang sambil melihat burung2...cantik pemandangannya..
BalasPadamouh tak tau pulak ada tapak eskavasi kat pulau kalumpang. Menarik ni. Terima kasih untuk info baru :)
Padam